Sarawak Ikrar Anjur SUKMA 2024 Yang Terbaik





Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah…

KUALA LUMPUR – Sarawak berikrar  menjadi tuan rumah terbaik dalam penganjuran SUKMA 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan komiten sedemikian sambil menzahirkan syukurnya terhadap khabar gembira itu kelmarin (Khamis).

“Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Exco-Exco Belia dan Sukan Negeri kerana telah bersetuju Sarawak sebagai tuan rumah bagi edisi 2024,” katanya  seperti dipetik TVS sambil berikrar manjadikannya penganjuran terbaik.

Abdul Karim berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Majlis Menandatangani Kod Sukan Selamat bersama Exco-Exco Belia dan Sukan Negeri di sini, kelmarin.

Terdahulu, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, selaku tuan rumah Sarawak juga diberikan pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan.

“Sarawak telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan – tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik (e-sports) – bagi temasya SUKMA 2024, tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia,” jelasnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *