Polis Sabah beri AMARAN, jangan main isu agama di platfom social media

KOTA KINABALU: Polis Sabah menasihatkan masyarakat supaya tidak menyentuh dan menimbulkan isu keagamaan yang boleh menggugat keamanan serta keharmonian di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu-isu yang membabitkan penghinaan terhadap agama yang disebarkan melalui media massa kebelakangan ini.

“PDRM Sabah menasihatkan mana-mana pihak agar tidak membangkitkan isu keagamaan sekiranya tidak mahir dan arif terhadap isu ini lebih-lebih lagi sekiranya agama itu bukan anutannya.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan perkara ini dan saya berharap masyarakat tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini

Jauteh berkata, pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak sama sekali membuat, menyebar atau berkongsi sebarang kenyataan jelik yang menyentuh sensitiviti agama sehingga boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang agama dan kaum di negeri ini. sumber – Info X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *