Advertisement

Belanjawan 2025: Cukai Jualan Tak Dikenakan Barangan Makanan Asas Rakyat





Ayam
Sekadar gambar hiasan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan ditambah baik supaya lebih progresif mulai tahun depan dan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.

Memetik sumber Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avokado.

“Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.

“Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop perluasan dan kadar cukai yang dikenakan.

“Perluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.