KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik sumber Berita Harian, beliau berkata, bagi 2024, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 bilion berbanding RM308 bilion.
“Kita bersyukur peningkatan hasil yang nyata. Kendatipun begitu, asas hasil masih rendah, malah antara terendah sementara perbelanjaan subsidi memuncak ke paras tertinggi di rantau Asia.
“Untuk menangani kemelut ini, asas hasil perlu diperluas,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di sini, hari ini.