PAPAR: Dua lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan Perodua Kembara dan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Jalan Lama Kampung Purak Papar pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.20 pagi.
Katanya, seramai 10 anggota pasukan Bomba dari BBP Papar telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 12 kilometer (km).
“Lapor kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu, Perodua Kembara dan motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki.
“Dua mangsa terlibat yang merupakan pemandu Kembara, 75 tahun dan penunggang motosikal, 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.
“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.32 pagi.