Advertisement

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN KP MARITIM MALAYSIA





Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima cenderamata daripada Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd Rosli Abdullah di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd Rosli Abdullah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Mohd Rosli dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 17 September lepas. Sebelum itu beliau merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.

Terbaharu beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem
Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung
dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis
pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China
Selatan.

Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Maritim Malaysia termasuk
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah
Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim
Malaysia.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che
Engku Daik.