Advertisement

Bangunan DUN Sabah Diwarta Sebagai Kawasan Larangan





KOTA KINABALU: Kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah diwarta dan diisytihar sebagai kawasan larangan dan tempat larangan.

DUN Sabah dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pengisytiharan itu dinyatakan melalui satu perintah yang diwartakan berkuatkuasa sejak 2 September lalu. 

“Salinan perintah tersebut diserahkan oleh Penolong Pengarah, Julasri Kurais daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sabah kepada Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya.

“Salinan perintah tersebut telah pun diserahkan pada 22 Oktober 2024 lalu di bangunan DUN Sabah,” jelas kenyataan itu baru-baru ini.