Advertisement

Tomok, Siti Nordiana Duet Demi Konsert Memori Mungkin Berulang





Tomok
Siti Nordiana (kiri) dan Tomok (kanan)

KUALA LUMPUR – Konsert Memori Mungkin Berulang menampilkan Tomok dan Siti Nordiana berkongsi pentas menyanyikan lagu popular mereka sepanjang lebih 20 tahun dalam indusri muzik tanah air.

Konsert ini berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Tomok yang juga penganjur konsert di bawah syarikatnya POPSICLE RECORDS amat
berbesar hati kerana ini kali pertama bergabung dengan Siti Nordiana untuk mengimbau
memori lama mereka yang mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.

“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama
lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana. Sepanjang kami
bergelar penyanyi ini kali pertama kami berkolobarasi untuk demi penyokong dan peminat.

“Konsert ini juga akan kami mengimbau kenangan lagu Nana duet bersama dengan
Allahyarham Achik yang akan dinyanyi oleh saya. Saya yakin lagu-lagu hits seperti Memori
Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat.

“Harga tiket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu
memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan
tidak merugikan wang anda,” kata Tomok.

Sementara itu, Siti Nordiana bersetuju untuk menjadi rakan konsert Tomok selepas
menerima pelawaan daripada Tomok yang berhajat untuk menganjurkan konsert bersama
dengan dirinya.

“Ia satu peluang tidak wajar disia-siakan kerana ini antara hadiah terbaik buat peminatnya yang terus menyokong karier kami dari sejak awal 2000 hingga sekarang.

“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini
adalah ia amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan
Achik kerana kerap tampil dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.

“Saya juga tidak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus
satu fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda,” kata Siti Nordiana.