TAWAU: Pihak polis giat memburu seorang penjenayah bersabit kes pecah kedai di kawasan kedai 24 jam, Jalan Haji Karim, Fajar pada 27 Oktober lalu.
Polis Tawau dalam satu kenyataan media berkata kes tersebut membabitkan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu tersebut mahupun pakaian yang digunakan suspek diminta tampil berikan kerjasama.
“Orang tamai juga boleh menghubungi hotline Polis Tawau di talian 089-772121,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Selain menghubungi hotline, orang ramai digalakkan untuk terus menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Chius Rusimin di talian 019-6862526 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.