PENAMPANG: Polis daerah ini telah menahan seorang lelaki dan wanita tempatan berumur 20an selepas mereka ditemui dengan 501.29 gram syabu dalam sebuah serbuan pada 3.30 petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah merampas sepuluh paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki syabu.
“Jumlah dadah dianggarkan bernilai RM16,000 mengikut harga pasaran. Suspek kini ditahan reman.
“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphethamine,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 15 sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Kes Juga Disiasat Di Bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Masyarakat diingatkan agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga