SANDAKAN, SABAH – Seorang pemandu Toyota Hilux cedera selepas melanggar lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan Kampung Combo, Jalan Leila pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian 6.45 pagi itu melibatkan pemandu lelaki berusia 35 tahun.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu menuju ke arah Tanah Merah, di sini.
“Setibanya di lokasi kemalangan, sebuah motosikal keluar dari simpang Kampung Combo dan kemudian memasuki jalan utama.
“Pemandu Toyota Hilux cuba mengelaknya namun hilang kawalan mengakibatkan rempuhan,” katanya dalam satu kenyataan kepada pada Ahad.
Akibatnya itu, pemandu terbabit dibawa ke Hospital Duchess of Kent dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.