TAWAU: Dua lelaki berusia 31 dan 32 tahun mengalami kecederaan serta kerugian setelah Toyota Hilux dinaiki mereka yang sarat dengan ikan segar terjatuh ke dalam sungai Batu 2, Jalan Apas, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 5.29 pagi.
Katanya, sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau tiba ke lokasi berjarak tiga kilometer dalam masa lima minit.
“Mangsa pertama telah dikeluarkan oleh orang awam dan diangkat ke tebing sungai sebelum ketibaan pasukan Bomba.
“Mangsa kedua iaitu pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan awal oleh pasukan Bomba.
“Kedua-dua mangsa seterusnya dihantar ke Hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans KKM bagi menerima rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.04 pagi.