Advertisement

Lelaki Ditikam Sehingga Mati, Wanita Antara Empat Ditahan Polis Lahad Datu

LAHAD DATU, SABAH – Seorang wanita dan tiga lelaki ditahan pihak polis daerah ini berhubung kes pembunuhan seorang lelaki pada Khamis (31 Okt) lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Jimmy Panyau berkata laporan polis dibuat oleh isteri mangsa.

“Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku di simpang Batu 3, Jalan POIC.

“Isteri mangsa telah membawa mayatnya ke rumah mereka di Taman Fajar untuk dikebumikan,” katanya melalui sebuah kenyataan hari ini.

Jelssnya, mangsa ditemui dengan kesan tikaman dan tetakan serta lebam di badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi ketika siasatan diteruskan,” tegasnya.