Advertisement

Polis Siasat Kemalangan Penunggang Motosikal Lawan Arus Di Lok Kawi

PENAMPANG, SABAH – Polis sedang menyiasat kemalangan jalan raya membabitkan seorang penunggang di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi di Putatan pada pagi Ahad

Ketua Polis Daerah, Supt Sammy Newton, mengesahkan bahawa penunggang motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta.

“Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, sambil menambah pihak polis memanggil saksi kejadian untuk tampul mendapatkan maklumat.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menyebarkan lagi rakaman tukar 27 saat tersebut bagi mengelak spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menghormati keluarga mangsa.