Advertisement

Warga Emas Rentung Dalan Kebakaran 2 Rumah Kampung Muhibbah – Sabah News





RANAU: Seorang wanita berusia 74 tahun ditemukan rentung manakala dua orang cucunya melecur dalam kebakaran melibatkan 2 buah rumah di Kampung Muhibbah awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 1.20 pagi.

Kata seorang jurucakap, sepasukan 9 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau tiba ke lokasi berjarak 1 kilometer dalam masa 2 minit.

“Rumah pertama berukuran 50’X60′ kaki telah terbakar 99 peratus manakala rumah kedua berukuran 50’X50′ kaki telah terbakar 50 peratus.

“Turut terbakar 2 buah kenderaan iaitu Toyota Hilux Single Cab terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Myvi terbakar 4 peratus.

“Mangsa Wong Ling Ying ditemui di ruang tamu rumah pertama selepas dipercayai jatuh dari biliknya di tingkat atas manakala mangsa melecur ialah seorang perempuan 9 tahun dan lelaki 11 tahun,” jelasnya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.