LAHAD DATU: Dua mangsa mengalami kecederaan selepas lori treler dan lori tiga tan bertembung dalam kejadian kemalangan di Batu 8, Jalan Lahad Datu – Tawau petang kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.28 petang.
“Lapor kemalangan melibatkan dua buah lori, iaitu sebuah lori treler dan sebuah lori tiga tan telah berlanggar.
“Terdapat dua orang mangsa yang terlibat berada di lori tiga tan, seorang mangsa dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
“Manakala seorang mangsa lagi mengalami kecederaan di bahagian kepala.
“Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital dengan menaiki Ambulans KKM,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.53 petang.