Advertisement

30 Kakitangan, Pelajar UMS Bakal Tawan Puncak Kinabalu – Sabah News





Ums
Raffie (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Jainisah (dua dari kanan) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 30 anggota terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menawan puncak Kinabalu.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Raffie Janau berkata, misi berkenaan yang akan diketuai oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Md Mansor adalah sempena dengan ulang tahun UMS yang ke-30.

“Pada 22 November ini, seramai 30 anggota terdiri daripada pelajar termasuk pelajar kurang upaya dan pelajar antarabangsa, ahli sukan, kakitangan serta pihak pengurusan tertinggi UMS akan memulakan misi mendaki Gunung Kinabalu.

“Selain itu, rombongan juga akan membawa bersama inovasi pelajar iaitu robot daripada Kelab Robot UMS ke puncak nanti.

“Jadi, kita doakan semoga program ini akan terlaksana dan semua 30 orang pendaki ini akan sampai ke puncak,” ujarnya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Raffie memaklumkan UMS akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah dalam sambutan Tamu Gadang yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 Disember depan.

“Majlis Tamu Gadang tahun ini kita akan buat special sikit dan beberapa aktiviti kita adakan antaranya ada aktiviti daripada pelajar, kolej kediaman dan juga fakulti serta beberapa artis jemputan yang akan bersama-sama kita pada masa tersebut.

“Seperti tahun sebelumnya, UMS akan bekerjasama dengan JAPEN Sabah dalam aspek teknikal dan hiburan artis-artis Pentarama,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa. — JABATAN PENERANGAN SABAH






Previous articleMantan Calon PRK Bugaya Terima A.S.D.K

Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.