KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatf untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatasi kekurangan doktor di negeri ini dengan membiayai pengajian anak-anak Sabah yang berminat menjadi doktor.
Menurutnya, anak-anak Sabah yang berjaya menamatkan pengajian boleh diserapkan mengisi kekosongan pegawai oerubatan.
“Kita ambil anak-anak kita yang pintar yang ada sekarang ini supaya mereka yang berminat jadi doktor kita latih, kita beri mereka biasiswa untuk mengisi kekosongan ini dan juga pegawai-pegawai perubatan yang ingin mengambil ataupun kita tawarkan untuk menjadi doktor pakar.
“Kita bagi biasiswa supaya kita ada kecukupan doktor di Sabah. Ini penting untuk rakyat kita sihat untuk rakyat kita ceria dan keluarga yang harmoni perlu sihat.
“Jadi kita berharap program ini mesti diatur (inisiatif) daripada kerajaan negeri menerusi bahagian biasiswa dengan Kementerian Kesihatan. Di universiti-universiti kita ada program seperti di UMS (Universiti Malaysia Sabah) kita ada program di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan juga universiti luar negara,” katanya pada Sesi Perbahasan Belanjawan Negeri Sabah Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.
Dr Yusof yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Rakyat – Pakatan Harapan Plus berkata, jawatan doktor pakar di Sabah sebanyak 620 tetapi yang diisi cuma 554 orang dan ada kekosongan 66 orang.
Katanya, jawatan pegawai perubatan di Sabah adalah 2,375 perjawatan dan diisi cuma 1,951 perjawatan.
“Kalau ikut sekarang di Sabah dengan jawatan doktor yang diisi sekarang ialah 2,995 untuk merawat 3.5 juta orang jadi ertinya sekarang satu orang doktor untuk 1,100.
“Sekarang yang diisi 554 doktor pakar, 1,951 untuk pegawai perubatan kalau sekarang ini jumlah itu..satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai ratio satu doktor 500 orang mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kita perlu 7,000 doktor di Sabah,” katanya.
Beliau berkata, di negara ini, mengikut Menteri Kesihatan, seirang doktor untuk 400 orang, manakala di negara lain seperti India sebenarnya seorang doktor untuk 835 orang, bagi Sropah seorang doktor untuk 300 orang dan yang terbaik adalah Sweden seorang doktor untuk 200 orang.