KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian sumbangan Softwoods Berhad berjumlah RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah hari ini.
Pengerusi Sabah Softwoods Berhad, Datuk Arsad Bistari menyampaikan replika cek kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Rugayah Ag Besar di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Diyanah Abdullah.