Advertisement

TIMOR LESTE BERMINAT KUKUH HUBUNGAN PERDAGANGAN LEBIH ERAT DENGAN SABAH – Sabah News





Hajiji
Duta Timor Leste ke Malaysia Lisualdo Gaspar menyampaikan Tais, kain tradisional Timor Leste dan biji kopi, kepada Ketua Menteri, Sabah Datuk Seri Hajiji Noor selepas kunjungan hormat ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Timor Leste berminat untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah, terutamanya dalam bidang pertanian.

Duta Besar Timor Leste ke Malaysia Lisualdo Gaspar, semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, menyatakan minat negaranya untuk meneroka kerjasama perdagangan yang lebih besar dengan Sabah.

Beliau juga menjemput Sabah untuk melihat peluang perniagaan di Timor Leste.

Gaspar diiringi Pengerusi Invest Sabah Tan Sri Anifah Aman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Borneo Dr Nasir Latiff.