Advertisement

Rumah, Kereta Musnah Terbakar Dijilat Api Di Keningau

Foto: Ihsan JBPM Sabah

KENINGAU: Sebuah rumah bersama satu kenderaan musnah terbakar 100 peratus selepas dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Bingkor Baru pagi kelmarin.

Manakala satu rumah lagi dilaporkan terbakar 5 peratus akibat bahang api. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.53 pagi.

“Lapor benar berlaku kebakaran melibatkan dua buah rumah dan sebuah kereta.

“Rumah pertama jenis separuh kekal berkeluasan 40×60 terbakar 100 peratus dan rumah kedua jenis kekal berkeluasan 40×60 terbakar 5 peratus akibat bahang api. 

“Seterusnya sebuah kereta jenis Nissan Serena turut terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Rabu.

Dilaporkan tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan 300 kaki sumber air dari water tanker.

Setelah pasukan Bomba membuat pemeriksaan tiada bahaya lain di lokasi dan operasi dilaporkan tamat sepenuhnya pada jam 5.14 pagi.