Advertisement

SIAPA TYT SABAH YANG BAHARU AKAN DIKETAHUI HARI INI – Sabah News

Tyt
Dari kiri: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KOTA KINABALU, SABAH – Yang Di-Pertuan Agong dijangka menamakan Yang di-Pertua Negeri Sabah baharu hari ini.

Memetik sumber Free Malaysia Today, bagaimanapun, Jabatan Ketua Menteri Sabah masih enggan mengulas  berhubung perkara terbabit.

Antara yang dikatakan akan bertanding ialah bekas-bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Terdapat juga spekulasi bahawa penyandang jawatan, Tun Juhar Mahiruddin, mungkin akan dikekalkan untuk satu penggal lagi.

Juhar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah sejak Januari 2011.

Penggalnya sepatutnya berakhir selepas dua penggal iaitu lapan tahun tetapi beliau dilantik semula kepada jawatan itu pada 2018 selepas kerajaan Warisan meminda Perlembagaan Sabah untuk menghapuskan had tempoh itu

Pembangkang pada masa itu mengkritik keputusan terbabit, mendakwa bahawa pelantikan semula Juhar adalah ganjaran politik atas dakwaan peranannya dalam membantu Warisan untuk “merampas” kuasa daripada BN Sabah selepas pilihan raya Sabah 2018.

Juhar juga dipersalahkan kerana bersetuju dengan permintaan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal untuk membubarkan DUN Sabah pada 2020 selepas Shafie kehilangan majoritinya kepada ketua pembangkang ketika itu, Tan Sri Musa Aman.

Calon bagi jawatan TYT Sabah mesti dicalonkan oleh Ketua Menteri dan diperakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada September, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) mencalonkan Presidennya, Joseph Pairin untuk menjadi TYT seterusnya.

Di bawah Perlembagaan Sabah, tiada syarat agama bagi jawatan sebagai Ketua Agama Islam kerana bag negeri itu, ia adalah Yang di-Pertuan Agong dan bukannya TYT.

Walau bagaimanapun, calon bagi jawatan TYT Sabah mesti dicalonkan oleh Ketua Menteri dan diperakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.