KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama penaja swasta akan mengadakan kiraan detik sambutan ambang tahun baru peringkat negeri buat pertama kali dalam usaha menonjolkan Sabah sebagai destinasi acara ‘countdown’ utama dunia.
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah negeri Datuk Phoong Jin Zhe selaku kementerian penyelaras berkata inspirasi telah diambil daripada acara yang terkenal seperti Taipei 101 dan sambutan Ambang Tahun Baru Sydney.
“Acara ‘countdown’ peringkat Negeri Sabah merupakan aspirasi utama Kabinet untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dengan pelancongan domestik dan antarabangsa.
“Kebanjiran pengunjung seharusnya mewujudkan peluang di seluruh negeri dan seterusnya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di SICC, Ahad.
Acara bermula 4 petang sehingga 2 pagi pada 31 Disember di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fund Stephens akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Phoong berkata 17 artis tempatan dan antarabangsa termasuk dari Korea, China dan Indonesia akan membina semangat ke kemuncak acara iaitu pertunjukan 1,000 dron dan bunga api selama 10 minit pada pukul 12 tengah malam.
“Penghibur antarabangsa akan membawa pengikut media sosial yang besar seterusnya menguatkan nama Sabah di seluruh dunia.
“Kita tidak mahu acara itu kelihatan seperti acara rasmi kerajaan dan oleh sebab itu kami banyak melibatkan golongan muda.
“Kerajaan Negeri tidak boleh membiayai sepenuhnya acara hiburan semata-mata jadi itulah sebabnya kami bekerjasama dengan penaja syarikat berkanan kerajaan KKIP, Sawit Kinabalu, Jetama, Sabah Energy Corporation dan Sabah Credit bersama entiti swasta Ya Wang Group, Marriott Kota Kinabalu, K2 (Life Water). Berhad), Sutera Harbour dan Orange untuk menyampaikan sambutan bertaraf dunia,” tambahnya.
Acara yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan di bawah kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Malaysia Truly Asia itu dijangka menarik kehadiran seramai 15,000 orang.