KUALA LUMPUR: Sabah FC menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2024/25 selepas menyingkirkan pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC 7-0 secara agregat.
Sabah yang memenangi aksi pertama 4-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini, iaitu pada 23 November lalu.
Ketika itu Sabah menewaskan PT Athletic 4-0 dengan hasil jaringan dari Saddil Ramdani (m-13), Daniel Haqim Draman m-19), Daniel Ting (m-76) sebelum gol sendiri pemain pertahanan PT Athletic, Yusri Yuhasmadi (m-79) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Kini, sekali lagi Sabah FC telah menewaskan lawan yang sama dengan keputusan 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 semalam di stadium yang sama.
Keputusan ini menyaksikan Sabah FC akan menanti pemenang antara Penang FC ataupun Kuching City FC (KCFC) dengan KCFC ketika ini berkelebihan 1-0 secara agregat.
Gol Sabah semalam dijaringkan Darren Lok menerusi sepakan penalti pada minit ke-67, diikuti jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-77 dan Joao Pedro pada minit ke-81.