KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di sekitar negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan antara kawasan terlibat ialah, kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.
“Seterusnya, kawasan Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Telupid dan Beluran), Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Manakala bagi negeri Sarawak antara kawasan terlibat adalah, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.35 petang, hari ini.
Bagi kawasan Semenanjung pula, antara negeri terlibat adalah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Jelas METMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.