Advertisement

Dua Motosikal Disita, Enam Saman Dikeluarkan Dalam Op Samseng Jalanan Sekitar Jalan Papar – KK – Putatan – Sabah News

Dua buah motosikal yang diubahsuai, disita bersama dua penunggang tidak memilik lesen. Foto: Ihsan Polis IPD Penampang

PENAMPANG: Polis telah menyita dua buah motosikal dan mengeluarkan enam keping saman atas pelbagai kesalahan dalam dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Jalan Papar – Kota Kinabalu – Putatan baru-baru ini.

Operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Penampang yang diketuai oleh Inspektor Rozami Ahmad.

“Operasi ini telah berjaya menyita dua buah motosikal dibawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bersama dua penunggang lelaki warga tempatan atas kesalahan tiada lesen menunggang dan pengubahsuaian motosikal.

“Manakala sebanyak enam keping saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 15 buah motosikal,” jelas Polis Penampang dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Jelas kenyataan itu lagi, operasi diadakan bagi mengesan pesalah lalulintas dan menunjukkan kehadiran polis Omnipresence dalam usaha mencegah jenayah di sekitar pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang khususnya.

“Operasi seumpama ini juga sebagai satu peringatan kepada masyarakat agar terus mematuhi undang-undang dan peraturan laluintas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Selain itu, operasi ini juga bertujuan untuk mencegah dan mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di daerah Penampang,” katanya.