PENAMPANG: Polis menembak mati tiga lelaki terlibat dalam kes bunuh di Sarawak, dalam kejadian di pangsapuri Beverly Hills, sini, malam semalam.
Difahamkan, serbuan pukul 9.15 malam itu membabitkan suspek berusia 30-an hasil usaha pihak polis menjejaki penjenayah.
Tindakan polis dikatakan sebagai tembak balas.
Kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah serius, namun butiran khusus mengenai dakwaan kesalahan mereka masih belum disahkan.