Advertisement

DESAKAN HAJIJI LETAK JAWATAN KOMPLOT JAHAT TUMBANGKAN KERAJAAN GRS DAN PH SEMAKIN TERSERLAH – Sabah News





Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor…

KOTA KINABALU, SABAH – Modus operandi Parti UMNO dan Warisan semakin terserlah selepas kedua-dua parti itu mendesak agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk meletak jawatan susulan tersebarnya video berkait skandal perlombongan mineral di Sabah.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), modus operandi jahat mereka (parti UMNO dan Warisan) semakin terserlah dan pergerakan meminta agar Ketua Menteri Sabah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah boleh dijangka dari awal.

Menurut BEBAS lagi, Sabah sekarang sedang diserang oleh pengkhianat yang mahu merompak dan menjarah hasil bumi Sabah dan sudah tentu rakyat Sabah tidak akan membiarkan perkara itu berlaku

“BEBAS sendiri akan menggerakkan kempen ‘BANGKIT SABAHAN’ sebagai sokongan ke atas Hajiji untuk terus mempertahankan negeri Sabah dari serangan jahat para pengkhianat,” tegas BEBAS.

Modus operandi mereka jelas didalangi oleh pimpinan parti pembangkang di Sabah memandangkan video berkenaan telah disunting dan bukannya menyerahkan video tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya memilih portal berita untuk menyiarkan video tersebut.

“Agak menghairankan apabila tiga (3) sayap UMNO dan Warisan hanya berdiam diri ke atas kes rasuah Bung Moktar yang mana telah diarahkan untuk membela diri, sebaliknya mendesak Ketua Menteri Sabah yang bersih dari salah laku rasuah pula untuk meletak jawatan,” tambah BEBAS.

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan untuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta…(Sumber: Tangkap layar foto dari BH Online)