KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Piasau, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.41 petang.
“Seramai 10 anggota Bomba dari BBP Kota Belud telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.
“Menurut pemanggil terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi manda di sungai.
“Pasukan Bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface resuce,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Maklumat pencarian mangsa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.