KOTA KINABALU: Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) mengingatkan rakyat Sabah supaya memohon status tanah mengikut Hak Adat Anak Negeri (NCR) dan bukannya di bawah Permohonan Tanah (LA).
Penyelaras MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh berkata ramai, terutama mereka dari pedalaman, tidak tahu bahawa rakyat tempatan sepatutnya memohon di bawah Seksyen 14 Ordinan Tanah.
“Sehingga ratusan orang sekali gus boleh memohon untuk sebidang tanah di bawah Seksyen 12 (LA) manakala hak milik NCR hanya boleh diberikan kepada individu.
“Permohonan NCR menbawa sama berat seperti geran tanah itu sendiri yang boleh memperuntukkan semakan kehakiman,” katanya pada sidang akhbar pada Khamis.
Beliau berkata, begitulah kes penduduk Kg Montoki di Kundasang yang menghuni sejak tahun 1984 kemudian dihalau oleh sebuah syarikat memetik injunksi mahkamah pada 2017.
“Dengan bantuan panel peguam MHO, kes itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi kerana penduduk adalah pemegang NCR.
“Ia memerlukan proses yang panjang untuk membuktikan pemilikan tanag di mahkamah.
“Jadi cara terbaik ialah mendapatkan perintah NCR daripada Jabatan Tanah dan Ukur supaya syarikat-syarikat ini yang masuk dan cuba menghalau penduduk tempatan dapat dihentikan.
“Mereka apabila mendapat geran tanah akan memastikan penduduk kehilangan status NCR untuk mengambil alih tanah.
“Proses pendaftaran NCR adalah ibarat memohon kad pengenalan negara,” katanya pada sidang media pada Khamis.
Dalam pada itu, Jerry juga mengumumkan kemenangan kira-kira 115 penduduk Kampung Niatang, Pitas menentang sebuah syarikat kelapa sawit yang mengambil separuh daripada 400 ekar tanah mereka.
Kes itu dibangkitkan kepada Jabatan Ketua Menteri yang menurutnya telah diperbetulkan dalam tempoh singkat empat bulan.