KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan meninggal dunia pagi tadi selepas dipercayai lemas ketika mandi sungai di Kampung Piasau petang kelmarin.
Mayat mangsa, Lysbet Tom Jones, 10 tahun dijumpai pada jam 8.36 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama orang kampung pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pada SAR hari kedua, pasukannya bersama agensi penyelamat lain menjalankan operasi menggunakan kaedah surface resuce dan selaman bermula jam 8.10 pagi.
“Mayat mangsa, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Semalam BBP Kota Belud memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.41 petang.
Operasi SAR dimulakan kelamrin, namun tidak menemui mangsa dan hari ini mereka berjaya menemui mangsa namun ketika ditemui, mangsa sudah tidak bernyawa.