Advertisement

Wanita Cedera, Kedai Makan Terbakar Di Sandakan – Sabah News

SANDAKAN: Seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kedai makan King Cheng Keaw pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nizam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.59 pagi.

“Lapor kebakaran melibatkan sebuah kedai makan jenis kekal berukuran 30×50 kaki terbakar 50 peratus. 

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran, 100 kaki, dua pancutan dan sumber air dari jentera Bomba yang berdekatan.

“Mangsa terlibat, Wong Kui Yun, 57 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan dihantar ke Hospital dengan menggunakan Jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.09 pagi.