Advertisement

Ewon Kunjungi Restoran Nasi Mandi, Milik Peserta Terbaik Bimbingan INSKEN Sabah – Sabah News

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengunjungi Restoran Nasi Mandi milik peserta terbaik Program Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Bumiputera Business Coaching (IBBC) Sabah.

Restoran itu yang terletak di Taipan Inanam diusahakan oleh Abdul Malik Hassim. Mereka turut mempunyai restoran yang sama di Kingfisher Sulaman, Kota Kinabalu.

Selepas mengikuti program INSKEN, beliau berjaya meningkatkan jualan sebanyak 87% berbanding sebelumnya.

Pada Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN yang disempurnakan oleh Ewon minggu lalu, Malik adalah peserta terbaik bagi kumpulan peserta program bimbingan kafe dan restoran.

“Saya mengambil kesempatan pertemuan ini untuk mendapatkan maklum balas beliau mengenai program IBBC dan kursus lain yang ditawarkan oleh INSKEN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Saya gembira kerana program INSKEN memberi manfaat kepada usahawan-usahawan Sabah terutama selepas pejabat perkhidmatan dibuka di Penampang pada Mei lepas di bawah Dasar Pandang Ke Timur saya di KUSKOP.

“Saya juga mengesahkan juadah atau menu yang ditawarkan di restoran ini memenuhi citarasa saya dan menjemput semua rakan untuk turut sama mengunjungi restoran ini.

“Saya doakan saudara Malik dan isteri diberkati dengan kesihatan dan kesejahteraan, perniagaan terus berkembang maju dan menjadi motivasi kepada usahawan lain,” katanya.