Advertisement

180 PATI Warga Filipina Dihantar Pulang Ke Negara Asal – Sabah News





LAHAD DATU: Seramai 180 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina dipindahkan ke negara asal melaui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu ke Bongao Filipina, Jumaat lepas.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof dalam satu kenyataan berkata, pemindahan tahanan PATI ini dilaksanakan dari depot Imigresen Sandakan.

Jumlah itu membabitkan 84 lelaki, 61 wanita, 15 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berumur 1 hingga 65 tahun. 

Menurut Sh Sitti Saleha, kesemua tahanan telah balik ke negara asal dengan program pembiayaan sendiri.

Kadar pembayaran tiket pengangkutan feri dan laut yang dikenakan adalah 375-ringgit bagi penumpang dewasa, 210-ringgit bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 13 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.

Kesemua PATI yang dipindahkan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.