KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mengingatkan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin agar tidak angkuh berhadapan komisen berjumlah RM6 juta yang diterima berhubung projek Hospital Queen Elizabeth.
Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, Bung tidak sepatutnya memutar belitkan isu itu dengan kenyataan bahawa ia kononnya sengaja dimainkan oleh pihak yang “bankrap idea”.
“Sedangkan isu ini telah menjadi topik hangat di media sosial sejak seminggu yang lalu.
“Keratan perenggan yang tular itu jelas menunjukkan beliau telah menerima komisen berjumlah 10 peratus dengan nilai memcecah RM6 juta.
“Sebagai aktivis yang bertanggungjawab, pihak G57 hanya menyampaikan kebimbangan awam mengenai berita teersebut dan telah melaporkan secara rasmi ke SPRM pada hari Khamis, 12 Dis yang lepas,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Zulkarnain menyatakan bahawa Bung sepatutnya boleh mengarahkan Ketua Pemuda Wanita dan Puteri UMNO untun membuat satu laporan Polis fitnah ke atas warga maya yang menyebarkan keratan pemberian komisen tersebut dan bukannya melarikan diri.
“Amat meghairankan apabila sehingga ke hari ini, tidak ada satu laporan penatian Polis yang dibuat oleh kepimpinan UMNO Sabah.
“Harus diingat apabila timbulnya isu video membabitkan wakil-wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah berhubung isu perlombongan, kepimpinan UMNO Sabah segera mendesak Ketua Menteri Sabah meletakkan jawatan.
“Dalam masa yang sama, apabila isu keratan perenggan komisen jutaan ringgit membabitkan pemimpin UMNO Sabah itu terdedah, kesemua mereka diam membisu.
“Oleh sebab itu G57 tampil membuat laporan rasmi dengan meninta pihak SPRM menyiasat isu ini sama ada ianya tulen atau sebaliknya,” tegasnya.