KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan selepas Perodua Alza yang dipandunya terbabas sendiri lalu melanggar pokok dalam kejadian kemalangan di Jalan Taman Malawa, Sepanggar pagi tadi.
Mangsa, Abdul Majid Abdul Aziz, 27 tahun yang mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan orang awam sebelum di bawa ke hospital.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.02 pagi.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza terbabas sendiri dan melanggar pokok.
“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.
“Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS seterusnya dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.44 pagi.