Advertisement

Dakwaan Polis Sabah Robohkan Rumah Balu Di Semporna Tidak Benar – Sabah News

KOTA KINABALU: Polis tidak pernah merobohkan rumah balu seorang anggota polis di Pulau Bugaya, Semporna seperti yang didakwa di media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, isu tular sejak Rabu itu membabitkan penama Sitti Bandorah Mahalil yang telah diputarbelitkan lagi oleh pihak tertentu yang cuba menghalang kerajaan dari menghapuskan penempatan pendatang tanpa izin di Sabah.

Sitti yang menangis dalam video yang dimuat naik di Facebook mendakwa rumahnya bakal dirobohkan pihak polis meskipun telah kehilangan suaminya, Sjn Abdul Azis Sarikon, yang terkorban dalam tragedi berdarah di Kampung Simunul, sini, pada tahun 2013.

“Wanita itu tidak lagi tinggal di rumah milik bapanya yang dibina pada tahun 80-an.

“Kini rumah itu didiami keluarga adiknya sedangkan dia memiliki beberapa orang dan tinggal di tanah besar. Dia hanya datang melawat sekali-sekala.

“Pegawai dan anggota polis tidak pernah mengugutnya seperti yang didakwa dan notis awal telah pun diberikan dalam operasi bersama Taman-Taman Sabah. 

“Sebanyak 3,257 rumah telah dirobohkan di seluruh negeri dalam Op Koloni Setinggan dan tidak satu pun milik rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di IPK Sabah pada Khamis.

Tambahnya, anak wanita itu sendiri adalah seorang pegawai kanan polis manakala beliau terus menerima bantuan kebajikan daripada polis.

“Beliau sendiri mengakui telah berlaku salah faham…isu ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.