Advertisement

DEWAN NEGARA UCAP TAHNIAH KEPADA TUN MUSA ATAS PELANTIKAN TYT SABAH – Sabah News

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, semalam.

Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika membacakan pemsyhuran tersebut sebelum memulakan persidangan hari ini berkata, kesemua Ahli Dewan berharap pelantikan itu dapat membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada penduduk Sabah. 

“Kita juga ucapkan selamat berkhidmat kepada beliau,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama di sini, hari ini.

Pada Selasa, Tun Musa, 73, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Pelantikan Tun Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Tun Musa turut dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu pada 1 Januari 2025.