Advertisement

Polis KK Tumpaskan Geng Curi Motosikal Untuk Beli Dadah – Sabah News





Kasim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada Khamis

KOTA KINABALU: Polis daerah ini menumpaskan sekumpulan tiga belas pencuri motosikal yang menjual kenderaan terbabit pada sekitar harga RM500 kepada pekerja ladang untuk wang membeli dadah.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata dua suspek utama ditahan selepas salah seorang teman wanita mereka mengaku susulan serbuan 11.30 pagi di Api-Api Center pada Rabu (18 Dis).

“Polis berjaya mendapatkan semula enam motosikal yang dilaporkan hilang di Kota Kinabalu dan empat lagi di daerah Penampang, Ranau dan Kota Kinabatangan termasuk sebuah rangka motosikal.

“Semua suspek yang didapati positif dadah jenis syabu telah mengaku melakukan jenayah itu manakala lapan daripada mereka mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah,” katanya.

Beliau menasihati pemilik motosikal untuk mengambil inisiatif keselamatan seperti memasang kunci brek cakera serta meletakkannya di kawasan yang boleh dilihat,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.