Advertisement

Masiung Sumbang RM50 Ribu Kepada 74 Komuniti Gereja Di Tongod Sempena Sambutan Hari Natal – Sabah News





Masiung menyerahkan bantuan kepada Labis Tubuh (kanan) yang mewakili 13 komuniti gereja zon Entilibon.

TONGOD: Seramai 74 komuniti gereja di daerah Tongod menerima sumbangan sebanyak RM50 ribu daripada Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah sempena perayaan hari Natal tahun ini.

Sumbangan sentuhan kasih itu bagi membantu jemaah gereja menjalankan aktiviti keagamaan pada hari Natal yang akan jatuh pada 25-26 Disember ini.

Beliau menyampaikan bantuan itu dalam satu majlis sambutan Hari Natal yang diadakan di Dewan Entilibon di sini, semalam.

Menurut Masiung setiap gereja akan menerima sumbangan antara RM2,000 hingga RM500 bagi gereja kecil dan ia merupakan bantuan yang diagihkan setiap tahun menjelang Hari Natal.

Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau akan sentiasa mengikuti libat urus dalam apa jua program pembangunan keagamaan di daerah itu.

Masiung menggesa para pemimpin komuniti gereja di kawasan Kuamut supaya mengutamakan keindahan luar dalam bangunan gereja menerusi projek gotong-royong di kalangan jemaah.