PENAMPANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Moyog meraikan 100 warga emas dari beberapa kampung di pusat mengundi daerah Nambazan di sini sempena Hari Natal.
Majlis petang Ahad semalan di balai raya Kampung Babah Bunduon itu dianjurkan oleh sayap belia Gagasan Rakyat Moyog.
Ketua Sayap Belia Wanitanya (Beliawanis), Carmen Meldan berkata, program itu adalah kesinambungan program serupa di Inobong tahun lepas.
“Kami kerap melakukan lawatan rumah kepada warga emas OKU tetapi hari ini kami telah memutuskan untuk menghiburkan penduduk di kawasan ini dengan nyanyian, koir kanak-kanak, cabutan bertuah serta sumbangan peribadi.
“Objektif kami adalah untuk membawa keceriaan Krismas ke kawasan kampung. Selalunya orang hanya akan meraikannya secara persendirian di rumah atau semasa acara besar.
“Kami merasakan bahawa ini adalah cara terbaik untuk mendekati komuniti terlibat secara keseluruhan.
“Kami telah melakukan banyak program untuk belia dan tidak akan terlepas pandang kepada orang tua kami.
“Hari ini adalah penting kerana kita meraikan kebijaksanaan mereka yang membentuk daerah ini dan menyumbang kepada pembangunannya.
“Warga emas memainkan peranan penting dalam memacu kemampanan melalui pengetahuan, pengalaman dan dedikasi mereka kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika ditemui.
Gagasan Rakyat Moyog mempunyai lebih 3,300 ahli dengan Ketuanya, Datuk Ceasar Mandela Malakun yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri dikatakan akan menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.