Advertisement

Buaya Mati Dilanggar Kereta Ketika Melintas Di Lebuhraya Penanjong-Tutong Brunei – Sabah News

BRUNEI: Suasana awal pagi kelmarin warga Brunei dikejutkan dengan insiden melibatkan seekor buaya yang dilanggar oleh sebuah kenderaan di Lebuhraya Penanjong-Tutong Brunei.

Menurut laporan daripada Brunei FM, kejadian berlaku berdekatan Jambatan Penanjong, apabila seekor buaya cuba menyeberangi lebuh raya. 

Malangnya, haiwan itu dilanggar oleh sebuah kereta jenis BYD Sealion 6 Hybrid, yang menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kenderaan.

Kejadian ini bukan sahaja mencetuskan rasa simpati terhadap nasib malang buaya tersebut, tetapi juga menarik perhatian ramai terhadap bahaya yang dihadapi pemandu kenderaan di kawasan yang mungkin menjadi laluan haiwan liar.

Pemandu kereta BYD Sealion bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius, namun kenderaannya mengalami kerosakan.

Dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, risiko kemalangan juga lebih tinggi, termasuk pertembungan dengan haiwan liar di kawasan tertentu.

Bagi pemandu pula, berhati-hati di kawasan seperti ini adalah langkah terbaik. Kemunculan haiwan liar seperti buaya di jalan raya mungkin jarang berlaku, tetapi insiden ini membuktikan ia bukanlah sesuatu yang mustahil.