Advertisement

Dua Cedera, Kereta Dinaiki Terbabas Sendiri Dan Langgar Tiang Elektrik  – Sabah News

KOTA BELUD: Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki terbabas sendiri lalu dan melanggar tiang elektrik dalam kejadian kemalangan di Kampung Kawang-Kawang, semalam.

Mangsa cedera yang menaiki kereta jenis Proton Saga Aeroback adalah lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 29 tahun, manakala seorang lagi mangsa, iaitu kanak-kanak lelaki 7 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.05 petang.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat yang mana dia orang mangsa dikeluarkan oleh orang awam, manakala seorang lagi berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Dua orang mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulan dan jentera EMRS Bomba manakala seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan dibawa oleh keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain wujud di lokasi kejadian, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 6 petang.