PAPAR: Dua lelaki termasuk kanak-kanak dilaporkan maut akibat lemas ketika melakukan aktivti mandi-manda di Pantai Bundusan, Kampung Bundusan di isni, petang tadi.
Kedua mangsa maut itu masing-masing berusia 14 dan 7 tahun, manakala seorang mangsa lagi berusia 48 tahun belum ditemui dan seorang mangsa 12 tahun dilaporkan selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.38 petang.
“Bomba Sabah terima panggilan kecemasan dari MERS999 bahawa terdapat empat orang mangsa lemas di pantai semasa menjalankan aktiviti mandi manda dan terdapat seorang mangsa berjaya dijumpai oleh orang kampung sebelum ketibaan bomba.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian bantuan CPR dijalankan bersama Pegawai Perubatan KKM dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Manakala seorang lagi mangsa dilaporkan berjaya diselamatkan oleh orang kampung dan mangsa ketiga berjaya dijumpai oleh pasukan bomba pada jam 6.56 terdampar di tepi pantai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari satu orang lagi mangsa yang masih hilang.
Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.