Advertisement

Dua Wanita Cedera, Proton Iris Terbabas Sendiri Ke Dalam Gaung Sedalam Empat Meter – Sabah News





TAWAU: Dua wanita dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas sendiri dan masuk ke gaung sedalam empat meter dalam kejadian kemalangan di Kampung Ranggu di sini, kelmarin.

Kedua mangsa yang masing-masing berusia 33 dan 31 tahun yang menaiki kenderaan jenis Proton Iriz itu berjaya dikeluarkan pasukan Bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.40 pagi.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iriz terbabas sendiri masuk gaung sedalam empat meter.

“Terdapat dua mangsa terlibat berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan seterusnya dihantar ke hospital menaiki Ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.19 pagi.