Advertisement

Mangsa Terakhir Lemas Ketika Mandi Pantai, Ditemui Maut Pada SAR Hari Ketiga  – Sabah News

PAPAR: Mangsa terakhir yang dilaporkan lemas ketika mandi pantai ditemukan meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga.

Mangsa, Karl Marx Vitalis, 48 tahun dijumpai pada jam 12.02 tengah hari tadi oleh pasukan Bomba di jarak 1.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis. 

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 1.32 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lemas itu pada jam 5.38 petang Khamis.

“Pada hari pertama, tiga mangsa lemas sempat ditemui oleh pasukan bomba di mana dua mangsa maut dan satu selamat.

“Kedua mangsa yang maut dikenali sebagai Rizq Aariz Julkarnain Abd Aziz, 14 tahun dan Rubern Vitalis, 7 tahun. Manakala, mangsa yang selamat dikenali sebagai Matthew Kana Vitalis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.