Advertisement

28 Maut Nahas Pesawat JejuAir Terhempas, Gear Pendaratan Gagal Berfungsi – Sabah News

SEOUL: Kegagalan fungsi gear pendaratan berkemungkinan menyebabkan pesawat penumpang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad, selepas cubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pesawat Jeju Air yang membawa seramai 181 penumpang dari Bangkok, Thailand itu cuba mendarat di lapangan terbang terbabit pada 9.07 pagi apabila ia terkeluar dari landasan dan melanggar pagar, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, pesawat itu cuba mendarat akibat kerosakan gear pendaratan ketika nahas berlaku, selepas percubaan pendaratan pertamanya gagal.

Ia bagaimanapun dilihat gagal mengurangkan kelajuan sehingga sampai ke penghujung landasan dan merempuh struktur di pinggir luar lapangan terbang, kata pihak berkuasa.

Nahas itu merosakkan pesawat dengan sangat teruk dan mengakibatkan kebakaran.

Saksi berkata, tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar masih tidak diaktifkan mungkin memperlihatkan cubaannya mendarat cemas, dengan perlanggaran kapal terbang itu dianggap sebagai punca kerosakan.