Advertisement

SMJE Umum Tambahan RM10 Juta Dividen Dalam Rekod Lebihan Dana – Sabah News





KOTA KINABALU: Lembaga Pengarah SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) telah meluluskan dividen tambahan sebanyak RM10 juta sebagai tambahan kepada interim yang diluluskan lebih awal sebelum ini, iaitu dividen sebanyak RM50 juta.

SMJE dalam satu kenyataan di sini berkata, tambahan itu menjadikan jumlah pembayaran dividen bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2024 adalah sebanyak Rm60 juta. 

“Selepas mengambil kira perbelanjaan projek yang akan datang dan kewangan dan operasi komitmen, SMJE mengekalkan lebihan tunai yang besar dengan rizab tunai yang sihat.

“Sehingga kini, SMJE telah mengisytiharkan dan mengagihkan RM110 juta dividen kepada Negeri sejak mula beroperasi kurang daripada tiga tahun lalu.

“SMJE kekal berdedikasi kepada pengurusan kewangan yang berhemat dan memaksimumkan pulangan pemegang saham, sambil terus melabur dalam peluang pertumbuhan berkualiti tinggi merentasi segmen perniagaannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.