Advertisement

Influencer OKU Thailand Meninggal Dunia Diekspkoitasi, Habiskan Arak Dengan Dorongan Duit – Sabah News

THAILAND: Pempengaruh media sosial OKU Thailand, Thanakarn Kanthee, lebih dikenali sebagai Bank Lester meninggal dunia selepas didorong menghabiskan arak dengam wang ketika parti Hari Natal 2024 di Chanthaburi.

Nation Thailand melaporkan lelaki kurang upaya intelektual berusia 27 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas menghabiskan 2 botol atau 700ml Brandy.

Laporan berkata, Bank telah menerima cabaran tersebut setelah dijanjikan wang tunai berjumlah 10,000 bath (sekitar RM1,286) untuk setiap botol minuman keras yang ang berjaya dihabiskan. 

Pada hari pengebumian, individu terlibat sempat menziarahi dan meminta maaf kepada nenek Bank atas apa yang sudah terjadi.

Kejadian pilu itu cukup mengundang sebak ramai kerana Bank merupakan individu yang menyara kehidupan neneknya, Lek selama ini.

Sejak berusia 2 bulan, Bank telah dibesarkan oleh Lek setelah ibu bapanya berpisah.

Bermula usia 7 tahun, dia sudah bekerja sebagai penjual bunga demi menampung kehidupannya bersama nenek.

Walaupun tidak normal seperti orang lain, Bank digambarkan sebagai cucu yang baik dan sangat rajin bekerja.

Bank yang merupakan individu OKU intelektual sering ‘diperalatkan’ oleh individu lain.

Golongan ‘content creator’ mengambil kesempatan terhadap mendiang Bank yang mempunyai ratusan ribu jumlah pengikut di media sosial.

Mereka berkali-kali mengeksploitasi Bank sebagai objek hiburan dan memuat naik video itu ke alam maya.

Antara gurauan melampau yang pernah dilakukan mereka adalah muntah di atas kepala Bank, suruh minum gel pelincir, cabar telan sisa makanan yang dicampur-aduk serta mengasari secara fizikal.