SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan sebanyak RM3,310,219,89 dalam 185 kes sepanjang tempoh 2024.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, jumlah kompaun yang dikutip pila adalah sebanyak RM114,300.00.
Katanya, 185 kes itu merupakan hasil pemeriksaan pihaknya terhadap 6,850 premis perniagaan yang meliputi 4,274 pemeriksaan di bandar dan 2,576 pemeriksaan di luar bandar.
“Dari segi pendakwaan, sebanyak enam kes di KPDN Sandakan telah didakwa di mahkamah pada tahun 2024 dan pihak yang tertuduh bagi kes-kes berkaitan telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda bagi lima kes adalah sebanyak RM80,000.00.
“Manakala satu kes lagi dijatuhkan hukuman penjara bagi tempoh 12 bulan dan kesemua kes pendakwaan tersebut adalah tindakan kes yang telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Dari segi aduan pengguna, sebanyak 154 aduan telah diterima sejak 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 di mana 149 aduan (96.75 peratus) telah diselesaikan manakala baki 5 aduan (3.25 peratus) lagi sedang dalam siasatan,” jelasnya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.
Sementara itu, beliau berkata, para peniaga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN terutamanya dari segi penandaan harga yang jelas dan tidak mengelirukan pengguna.
“KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga,” katanya.
Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan seperti berikut:
1) Whatsapp 019 848 8000
2) Portal E-Aduan: http://eaduan.kpdn.gov.my
3) Call Centre 1 800 886 800
4) Emel: e [email protected]
5) Aplikasi Ez ADU KPDN
6) Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command (Enforcement
Command Centre): 03 –– 8882 6088 / 6245
7) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan